Thursday, October 12, 2017

Langkah pertama yang perlu kita lakukan sebelum guna skincare baru

Lepas beli skincare baru, mesti kita tak sabar-sabar nak guna kan?

Aippp, tunggu duluuu. Sebelum kita nak gunakan skincare baru, kita buat PATCH TEST dulu.


patch test

Apa 'patch test' ni?

'Patch test' ni sejenis teknik untuk kita tahu samada sesuatu bahan/produk tu boleh mendatangkan alergi atau tak pada kulit kita.

Bahan/produk tu kita akan letakkan di kawasan kecil dekat kulit dan selepas beberapa lama, kita akan tengok samada bahan/produk tersebut mendatangkan kesan alergi, iritasi atau kemerahan pada kulit.

Untuk 'patch test' yang lebih details, kita perlu pergi berjumpa dengan dermatologist untuk ujian dan result yang lebih tepat.

Kalau nak test produk yang baru kita beli, kena jumpa dermatologist jugak ke?

Tak perlu, kita boleh buat patch test yang simple sendiri di rumah.


Kenapa perlu buat 'patch test'?

Dengan lambakan produk kosmetik dan penjagaan diri dekat Malaysia ni sekarang, kita tak tahu samada bahan yang digunakan selamat atau tidak. Dah banyak terjadi kes kulit rosak teruk disebabkan penggunaan produk yang tidak sesuai untuk kita. Dan walaupun produk organik dan natural, kita tetap kena test dulu.

Bila kulit dah rosak, nak repair balik bukan senang. Memakan masa dan kos yang besar. Belum kira 'confident level' kita jatuh lagi dek kerana kulit yang dah tak cantik macam dulu.

Jadi, lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga sebelum jadi lagi teruk kan? Daripada kita rosakkan satu muka kita, baik kita cuba dulu limitkan di kawasan kulit yang lebih kecil. 😉


Macam mana caranya untuk buat simple 'patch test' ni?

Ni step untuk kita buat 'patch test' sendiri di rumah:


patch test
1. Sapukan sedikit produk dalam kuantiti yang kecil dekat kawasan lengan. Lengan ni kawasan yang bagus untuk test sebab kulit di situ sedang-sedang je sensitif dia. Lagipun, kawasan ni taklah terlalu menonjol jika jadi apa-apa pada kulit.
  • Kalau ada skin reaction terus, macam rasa terbakar ke, terus cuci lengan cepat-cepat ye!


2. Biarkan produk tu dekat kulit dalam tempoh 12-24 jam, seboleh-bolehnya jangan cuci dengan air.

  • Bagi yang beragama Islam, buatlah patch test selepas solat Isyak supaya tak perlu cuci dengan wudhu kan. Lepas solat terus tidur, esok pagi baru check.
  • Lepas 12-24 jam, kalau kulit jadi merah-merah, mengelupas, gatal-gatal atau naik ruam, makanya produk tersebut tak sesuai dengan kulit kita!
3.  Cuba lagi di kawasan kulit yang lebih sensitif pula. Lepas dah okay dan takde apa-apa berlaku lepas test dekat lengan, kita test pula dekat kulit belakang telinga (kulit lebih sensitif ).

patch test
  • Contohnya macam dalam gambar ni. 
  • Sama juga caranya. Tunggu dalam 12-24 jam dan kalau tiada apa-apa skin reaction, maka yesss! boleh lah guna produk baru dengan gembiranya.

TIPS TAMBAHAN: 
  • Untuk test samada sesuatu produk boleh bagi breakout, sumbat liang pori atau tak, cuba dekat kawasan yang paling oily dekat muka. Contohnya hidung atau dahi. Sapu sikit je tau, produk yang kita nak test dekat kawasan tu, dan macam biasa tunggu 12-24 jam. Kalau naik jerawat tu stoplah guna. 

====================================================================

Selamat mencuba!

Mencari produk natural dan organic untuk kulit anda? Boleh bershopping di sini





Tuesday, September 19, 2017

Sabun Handmade Natural VS Sabun Komersial

Sebagai organ terbesar yang melindungi badan, kulit kita terdedah dengan pencemaran-pencemaran di sekeliling kita setiap hari. Bukan aje terdedah dengan habuk, asap dan bakteria, tapi bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian kita setiap hari pun meresap perlahan-lahan ke dalam badan melalui kulit.

So, korang pasti ke sabun yang korang gunakan betul-betul selamat untuk kulit?


commercial soap vs handmade soap

Penting untuk kita tahu apa sebenarnya bahan-bahan yang terdapat dalam sabun mandian harian kita. Tugas utama sabun adalah untuk membersihkan kulit daripada segala kotoran, di samping menyegarkan dan menyihatkan lagi kulit. Betul tak? 

Jom kita compare bahan-bahan apa yang ada dalam sabun mandian komersial dengan sabun natural handmade!

commercial soap vs handmade soap


HARSH CHEMICALS DALAM SABUN KOMERSIAL


Detergen : Kebanyakan produk mandian, samada dalam bentuk 'liquid' ataupun solid, sebenarnya mengandungi 'synthetic detergent'. Detergen ni sangat popular digunakan dalam produk mandian ni, sebab ianya menghasilkan banyak buih dan membuang minyak dengan jayanya. Detergen ni sebenarnya bukanlah 'sabun' pun, detegen lagi sesuai mencuci kain dan pinggan daripada kulit! Sebab tu semakin lama kulit semakin kering dan rosak apabila kerap pakai sabun detergen. 

Paraben :  Paraben ni selalunya digunakan sebagai bahan pengawet dalam sabun. Seperti yang kita tahu, paraben ni bahan yang sangat kontroversi, malah ada yang percaya paraben ni boleh menyebabkan kanser! Tapi, kami percaya yang paraben pun antara punca kulit menjadi semakin sensitif dan pencetus alergi.

Petrochemical : Bahan berasaskan petroleum, dipercayai tidak sesuai dan selamat untuk kulit manusia kerana tidak diketahui kesan jangka panjang bahan ini. Bahan ni juga tidak mengandungi apa-apa nutrisi untuk kulit; hanyalah bertindak sebagai lapisan kalis air di atas kulit sahaja.

Pewangi dan pewarna tiruan : Terdapat banyak bahan kimia berbahaya yang tersembunyi untuk menghasilkan satu pewangi tiruan. Dye yang digunakan dalam pewarna tiruan juga mungkin boleh menyebabkan 'trigger' pada kulit seperti alergi, gatal-gatal dan sensitif.

Ketiadaan glycerin : Dalam proses pembuatan sabun, selalunya akan menghasilkan glycerin. Glycerin ni penting sebagai elemen utama menarik lembapan di udara ke kulit. Tetapi, dalam sabun komersial, glycerin dalam sabun ni dah dibuang untuk diletakkan di dalan produk moisturizing yang lain. Lebih menguntungkan buat syarikat pembuat sabun kan?


CARA PEMBUATAN SABUN KOMERSIAL

Mass production : Kebanyakan sabun komersial dibuat secara besar-besaran oleh kilang-kilang company terkenal di seluruh dunia. Pembuatan secara besar-besaran akan menghasilkan lebih banyak pencemaran alam sekitar.

Dibuat oleh mesin kilang : Setiap 'batch' sabun komersial dihasilkan oleh mesin-mesin robot yang keadaannya mungkin kurang sesuai untuk pembuatan sabun. Belum dikira lagi aspek kebersihan dalam setiap mesin yang digunakan. 

Kos bahan murah : Bagi pembuatan sabun komersial, semestinya kos bahan yang digunakan mestilah lebih murah berganda-ganda, disebabkan nak cut cost. Bahan-bahannya mungkin dikatakan natural, tapi dah bercampur dengan bahan kimia lain yang tersembunyi. 


commercial soap vs handmade soap



BAHAN-BAHAN SABUN NATURAL HANDMADE YANG MENYIHATKAN!


Minyak sayuran : Sebenarnya minyak adalah bahan utama dalam pembuatan sabun! Minyak pun penting tau untuk kesihatan kulit walaupun kita ada masalah kulit berjerawat atau berminyak. Dalam minyak sayuran ni, ada macam-macam vitamin dan nutrien, macam vitamin E. Minyak kelapa, minyak grapeseed atau minyak zaitun, kalau dicampur dalam sabun, akan jadi pelembap semulajadi untuk kulit kita!

Essential oil (minyak pati) : pewangi dalam sabun natural handmade selalunya berasaskan essential oils. Essential oils ni bukan sahaja menghasilkan bau natural yang menenangkan emosi, tapi ada benefits tersendiri untuk kulit! Contoh macam tea tree oil yang dapat membantu masalah jerawat.

Additive sabun yang berasaskan bahan semulajadi : Apa tu additive? Additive ni bahan-bahan bukan asas yang dicampur dalam sabun untuk menambahkan lagi khasiat semulajadi sabun. Contohnya macam oat, madu, aloe vera, bunga-bunga dan herba-herba. Bahan-bahan ni selalunya  memang akan diletakkan dari sumber asal tumbuhan tu sendiri, dan bukannya dalam bentuk sintetik tiruan daripada bahan kimia.

Natural glycerin: Semasa proses pembuatan sabun handmade, natural glycerin akan terhasil dalam sabun tu. Jadi, apabila glycerin dalam sabun ni melekat pada kulit kita, maka kulit kita akan lebih lembab, sihat dan lembut ajee.



CARA PEMBUATAN SABUN HANDMADE


commercial soap vs handmade soap


Bahan-bahan segar, natural dan berkualiti : Kebanyakan pembuat sabun handmade semestinya akan memilih bahan-bahan berkualiti tinggi untuk diletakkan dalam sabun. Daripada minyak-minyak sayuran, minyak pati dan bahan-bahan additive, semuanya semestinya yang terbaik dan selamat. Yang penting tiada bahan kimia berbahaya macam paraben, SLS, merkuri atau apa-apalah yang dangerous tu.

Dibuat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang : Sabun handmade natural selalunya dibuat dengan tekun dan penuh hati-hati, ikhlas dari pembuat sabun tu. Sebabnya, kebanyakan pembuat sabun mesti akan pakai sabun yang mereka buat, jadi, kenalah buat dengan penuh kasih sayang gituu.

Bentuk yang menarik : Disebabkan sabun handmade ni selalunya dibuat dalam batch yang sikit-sikit aje, jadi pembuat sabun akan ada masa untuk jadi kreatif. Sabun akan dihias, diwarnakan, dibuat bentuk yang cantik-cantik dan comel-comel untuk customer.

Dahlah bahan berkualiti, rupa cantik comel, saiz besar dan selamat. Fikir apa lagi, jom kita bertukar guna sabun handmade natural! Once dah guna, mesti jatuh hati dan tak tukar dah. Hihi. 😍


NAK TRY-TRY CUBA SABUN HANDMADE NATURAL PENUH KASIH SAYANG ? JOMLAH JENGUK-JENGUK KAT SINI

Tuesday, September 12, 2017

Petroleum Jelly: Elok ke untuk kulit?

Rata-rata semua orang tau kan petroleum jelly tu apa benda. Nama brand yang femes dengan petroleum jelly ni Vaseline.

Kekadang memang wajib simpan satu botol kecik dalam beg untuk ready lah, in case kulit kering sana sini ke.

Tapi, betul ke petroleum jelly ni elok?


APA BENDA PETROLEUM JELLY NI SEBENARNYA?

bahaya petroleum jelly


Petroleum jelly ni byproduct daripada tapisan minyak. Maknanya, bila dah habis tapis semua minyak, hasil last dia ni lah, petroleum jelly ni. Jadi, dia tak sustainable & eco-friendly.

Disebabkan kos yang murah, petroleum jelly ni selalu digunakan dalam produk-produk penjagaan kecantikan. Kalau ikutkan info daripada packaging & safety, benda-benda toksik berbahaya dalam petroleum jelly ni dorang dah buang siap-siap, sebelum dijadikan produk kecantikan. 

Tapi, ada yang berpendapat petroleum jelly ni still tak berapa selamat sebab mengandungi hydrocarbon yang berasal dari petrokimia.


MACAM MANA PETROLEUM JELLY NI BERFUNGSI DEKAT KULIT?

Tugas petroleum jelly ni sebenarnya hanyalah sebagai lapisan barrier atas kulit untuk kekalkan kelembapan semulajadi. Petroleum jelly ni ada dalam losyen hinggalah dalam produk baby. Nama lain petroleum jelly ni ; mineral oil, petrolatum, liquid paraffin atau paraffin oil.

Bunyi macam okay je kan? Dah kekalkan kelembapan kulit, sounds good. Tapi, petroleum jelly ni bersifat water repellent. Jadi dia waterproff & tak boleh bercampur dengan air. So, dia boleh blok liang pori-pori dan kumpul bakteria & kotoran dekat kulit. Sebab tu kalau kulit luka, jangan sesekali sapu petroleum jelly tau!

Lepas sapu, memang kita akan nampak kulit macam moist & lembap aje, tapi jangan tertipu! Rupa tu hanyalah lapisan kalis air semata-mata. Petroleum jelly langsung tak ade nutrien yang menyihatkan kulit.

Sebab tu lah kadang-kadang ada kes yang makin kita sapu, makin kering kulit. Sebabnya lapisan waterproof ni  menghalang air dari udara terkena dekat kulit. Kalau kulit awak memang dah asal-asal kering, bila sapu petroleum jelly, tak ke makin kering jadinya? Kan?


petroleum jelly bahaya

Petroleum jelly ni pun boleh menyumbat pores tau. Kalau dekat kulit asalnya memang dah ada kotoran melekat, sapu petroleum jelly, seronoknya bakteria. Kita ciptakan protective barrier untuk dia hidup dengan bahagia. 

Jadi, kalau nak jugak sapu, make sure cuci kulit bersih-bersih dulu ye.


ALTERNATIF LAIN

Seelok-eloknya pilihlah produk yang mengandungi bahan semulajadi berasaskan tumbuhan. Bukan aje melembabkan kulit, malah ada macam-macam vitamin, nutrien dan khasiat untuk kulit. Contohnya macam:

Coconut oil
Beeswax
Shea Butter
Cocoa Butter
Olive Oil
Jojoba Oil

Dan banyakk lagi. Sekurang-kurangnya kulit kita lebih selamat daripada terdedah dengan toksin yang mungkin ada dalam petroleum jelly tu. Yelah, hasil daripada tapisan minyak petroleum kan? Mana tahu kot-kot ada sisa toksik yang terlepas, haa kan bahaya tuu!

Minyak-minyak sayuran ni kebanyakannya akan meresap masuk terus ke dalam kulit. Kalau minyak tu kaya dengan Vitamin C ke, Vitamin D ke, kann best kulit korang dah dapat nutrisi yang sihat!

minyak sayuran
Pelbagai jenis minyak sayuran

Kalau susah-susah sangat, kami di Mitai Organic ada produk untuk bibir kering dan kulit kering. Memang 100% berasaskan bahan natural tauu.

Untuk produk bibir yang selamat, boleh klik sini.

Untuk masalah kulit kering, boleh gunakan Healing Balm kami.

Kedua-duanya memang tiada langsung petroleum jelly atau mineral oil. Bila sapu di kulit, bukan aje makin lembab malah makin sihattt kulit. Hihi.



Saturday, August 12, 2017

Petua untuk masalah kulit kering dan gatal-gatal

Orang kata bestlah ye kulit jenis kering, tak tumbuh jerawat.

Betul ke?😊

Tapi orang tak tau yang bila kulit kering ni seksa jugak tau.

Kalau kulit kering biasa-biasa takpe, ni sampai tahap mengelupas dan mengaru-garu tu yang tak syiokkk tu kan.

Macam Kak Liana dulu memang ada masalah kulit kering teruk. Sampai tidur tak lena memalam menggaru-garu. Tak tau apa puncanya. Ekzema ke? Allergik ke? Genetik ke? Entahlah.

Lepas buat research-research sikit, barulah Kak Liana tahu yang orang jenis kulit kering extreme ni kena pilih skincare bebetul. Nak sabun time mandi kena pilih bebetul. Nak tepek dekat muka kena pilih bebetul. Semualah kena bebetul.

Bila kulit jenis kering ni, maknanya kulit kita tak cukup air. Kurang moist. If kita guna sabun mandi yang ada harsh chemicals, what will happen? Sabun-sabun ni lah perosak utama kulit kita. 

WHY??

Dah la kulit awok tu kurang moist, sabun-sabun ni pulak akan strip away natural moisturiser dekat kulit kita. Jeng jeng jeng. Lagi kering kontang macam gurun Sahara lah kulit awak. 

So, apa tips yang Kak Liana amalkan untuk geng-geng kulit kering ni?

1. Mandi pakai sabun natural

Disebabkan akak menguli sabun sendiri, jadi sabun mandian pilihan akak adalah Honey Oatmeal Soap nihhh! Oatmeal ni sangat bagus untuk kulit kering sebab dia mengandungi beta glucan, vitamin dan saponin yang membantu untuk melindungi kulit. Madu pulak memang sejak azali digunakan untuk masalah kulit kering, betul tak?

Tak caya? Cuba tepek sikit oatmeal yang dah campur air pekat-pekat dekat kulit, apa feeling? Best kan? Tapi korang jangan tepek madu satu badan pulak, nanti jeles semut-semut dengan kemanisan korang. Cewah. 😋



Sabun Honey Oatmeal ni akan buat letak campuran minyak-minyak sayuran, madu asli dan oatmeal. So far, family akak kalau naik ruam ke, gatal-gatal ke, sabun ni lah yang dicari-cari. Cewahh.

Anak akak Hafsa pun guna sabun ni masa ruam menggila satu badan. Alhamdulillah lepas 2 hari terus surut ruam dia. Bye ruam!

2. Jangan lap badan sampai kering lepas mandi

Eiii, habislah basah menceceh-ceceh lantai kan?

Lepas mandi, jangan lap kasi habis terus titisan-titisan air dekat kulit tu. Rileks dulu. Korang dab dab je tuala dekat badan.

Kasi can lah air tu nak meresap sikit dalam kulit, bagi subur sikit kulit tu kan?



3. Sapu losyennnn lepas mandi

Ini benda wajibul ghannah untuk spesis kulit kering. Walaupun leceh tapi kuterpaksa juga kerna kalau tau habiskan kering kulit.

Untuk losyen, pilih lah yang bebas dari bahan berasaskan petroleum & mineral oil. Sebab apa tau?

Petroleum &n mineral oil ni takdak khasiat pun untuk kulit kita, especially kalau kulit kering. Kalau kulit eczema lagilah BIG NO tau.

 Tugas 2 bahan ni hanya create satu selaput kalis air je, kekonon nak elak moist dari kulit untuk keluar. Tapi kalau awak dah jenis kulit kering & eczema, macam mana kulit awak nak dapatkan moist dari udara kalau dah ditutup?

Akak punya losyen mestilah akak buat sendiri. Hik hik.

Akak adun shea butter, aloe vera, olive oil & coconut oil dengan penuh kasih sayang untuk hasilkan losyen ni. Best sangat guna. Hik hik.



Rasanya itulah serba serbi sikit tips yang Kak Liana boleh bagi.

Salam lurvee pink,
💗 Kak Liana



Thursday, February 9, 2017

Mengapa saya sukakan produk organik?

Ini kisah saya.

Saya merupakan seorang yang mempunyai masalah kulit kering dan mild eczema. Selama beberapa tahun, saya berusaha mencari produk kulit yang terbaik. Daripada yang mahal mahupun murah semua saya cuba.

Pada mulanya, saya mencuba produk yang terdapat di farmasi. Macam-macamlah jenis lotion saya tepek hari-hari. Tapi masih sama. Ada pulak tu lagi teruk. Malam-malam je menggaru. Jadi saya cuba tukar sabun saya pulak.

Kali ni beli sabun yang mahal-mahal sikit. Yang mana tulis ada goat milk, olive oil, aloe vera, gold flakes dan yang mana-mana tulis moisturizing, semua saya ambil. Hasilnya masih sama, Malah kulit bertambah kering lagi adalah,


Sehinggalah satu hari semasa saya berjalan-jalan di One Utama, saya ternampak seorang 'nyonya' cina menjual sabun handmade di booth kecil dia. Saya pun apa lagi, teruslah mencuba. Saya ambil sabun handmade Lavender dia. Siap ada 'lavender buds' lagi dalam tu.



Selepas saya guna beberapa lama, saya perasan yang kulit saya makin ok. Gatal-gatal pun dah berkurang. Kalau tak setiap malam tak dapat nak tidur sebab menggaru aje. 

Saya terus dapat ilham. Kenapa saya tak guna je bahan-bahan organik dari sekeliling? Ntah-ntah memang lagi okay untuk orang berkulit kering macam saya ni.

Saya terus buat research pasal kebaikan menggunakan produk organik ni. Fuhh, bersepah testimoni. Siap ada paper research lagi. 

Akhirnya saya belajar cara membuat produk skincare sendiri dengan menggunakan bahan-bahan natural. Untuk permulaan saya belajar buat sabun. Saya ingat lagi sabun pertama saya adalah sabun Oatmeal.



Yup yup, inilah sabun kegemaran saya sebab oatmeal memang bahan yang terbaik untuk orang kulit kering macam saya, Saya belajar pula buat 'healing balm' dan macam-macam lagilah produk handmade.

Selepas beberapa lama memakai produk handmade sendiri, saya mengambil keputusan untuk menjual produk handmade saya demi berkongsi dengan orang ramai tentang kebaikan dan betapa 'best' nya kalau guna produk organik ni. Kesannya memang 'slow' sikit tapi lama-lama memang puas hati.

Akhirnya wujudlah 'Mitai Organic'.